Monday, August 23, 2010

Saturday, May 22, 2010

Sekitar Aktiviti Gotong Royong Prasekolah SKTM ( 22.5.2010 )

Jasa Kalian Amat Dihargai

Hari ini bertarikh 22 Mei 2010, satu gotong royong telah diadakan di prasekolah Taman medan. Saya amat berbesar hati dengan respon ibu bapa yang telah berpenat lelah menjayakan program ini. Bukan sahaja keringat yang disumbangkan malah turut membawa juadah untuk semua yang terlibat. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa yang terlibat. Jasa Kalian Amat Dihargai.

Friday, May 14, 2010

Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa / Waris Prasekolah kali ke-2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN

JALAN KLANG LAMA, 46000 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN

TEL / FAX : 03 – 77827833

Rujukan Kami :

Tarikh : 11 Mei 2010


Ahli Jawatankuasa Pemuafakatan

Prasekolah

SK Taman Medan,

46000 Petaling Jaya

Tuan / Puan,

Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa / Waris Prasekolah kali ke-2

Merujuk perkara di atas, pihak tuan / puan / waris diwajibkan menghadiri Mesyuarat Pemuafakatan Prasekolah Kali ke-2. Butir – butir mesyuarat adalah seperti berikut ;

Hari : Sabtu

Tarikh : 15 Mei 2010

Masa : 9.00 pagi

Kehadiran : Wajib

Tempat : Kelas Prasekolah ( 2 ) Waja SK Taman Medan

2. Berikut ialah agenda – agenda mesyuarat ;

2.1 Perbincangan tentang pembinaan ruang makan.

2.2 Aktiviti gotong-royong,berkebun dll

2.3 Persetujuan & tandatangan mengenai penambahbaik prasekolah.

3. Kerjasama pihak tuan / puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Saturday, May 1, 2010

Movies

Selamat Datang

Saya selaku wakil guru-guru dan pembantu Prasekolah SK Taman Medan dengan ini ingin mencuba untuk menghasilkan blog ini jesteru memeriahkan lagi Prasekolah SK Taman Medan. Di harap para pengunjung blog ini boleh memberikan komen dan tunjuk ajar supaya saya dapat memperbaiki kualiti blog ini untuk kemudahan informasi guru-guru dan ibubapa seterusnya anak-anak sekalian